Tempahan Homestay
Pastikan anda membaca dengan teliti semua syarat dan polisi Alaman Puteri Homestay sebelum membuat pengesahan tempahan. Anda dikira bersetuju dengan semua terma dan syarat setelah butang pengesahan ditanda semasa membuat tempahan.
- Penginapan akan disediakan berdasarkan kepada tempahan. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan deposit. Sekiranya anda ingin membuat penukaran tarikh, tempahan baru hendaklah dibuat dan bergantung kepada kekosongan bilik.
- Bayaran deposit tidak akan dipulangkan sekiranya anda membatalkan tempahan atau gagal menepati jadual percutian. Walau bagaimanapun anda dibenarkan menukar tarikh tempahan bergantung kepada kekosongan bilik.
- Sebarang caj tambahan yang terhasil disebabkan oleh perubahan mesti dibayar kepada pihak pengurusan adam secara terus.
- Maklumat yang diberi semasa membuat penempahan hendaklah tepat dan betul bagi memudahkan anda dihubungi sekiranya perlu.
- Pembayaran penuh hendaklah dibuat semasa urusan daftar masuk.
- Slip bank bagi deposithendaklah ditunjukan melalui whats app.
Semasa Menginap di Alaman Puteri Homestay.
1. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan homestay dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
2. Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan rumah.
3. Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay/chalet ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak kami berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
4. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam homestay/chalet tanpa kebenaran pihak kami.
5. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan dan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
6. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
7. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
8. Tidak digalakkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
9. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum urusan daftar keluar
10. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak kami semasa urusan daftar keluar.
11. Tidak dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, dadah dan apa juga barangan larangan yang salah di sisi undang-undang.
12. Tidak dibenarkan sebarang anjuran parti liar dan salah di sisi undang-undang.
13. Tidak dibenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay/chalet untuk apa tujuan sekali pun kecuali dengan kebenaran kami.
15. Jika terdapat orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman homestay/chalet minta mereka menghubungi pihak kami.
17. Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan.
18. Kerja-kerja pembersihan homestay/chalet hanya akan dilakukan setelah urusan daftar keluar. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menjaga kebersihan homestay/chalet selama tempoh menginap.
19. Pihak pengurusan Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan yang di luar kawalan pihak pengurusan Adam Homestay.
20. Keselesaan & keselamatan anda keutamaan kami.
SELAMAT BERCUTI.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment